BERITA KERAJAAN KELATE DAN KERJAAN DI MALAYSIA

Beijing, 3 Februari. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, YB. Dato’ Haji Husam Musa siang tadi diraikan dalam satu majlis makan tengahari oleh Beijing Enterprises Development Corporation di sebuah restoran terkemuka di Kota Beijing.

Beijing Enterprises Development Corporation yang di ketuai oleh Encik An Yu Xin mengalu-alukan kedatangan Dato’ Husam dan berharap ini akan menjadi satu jambatan penghubung bagi anggota-anggota BEDC untuk melabur dan melebarkan perniagaan mereka di Kelantan.

Dato’ Husam pula menyingkap kembali pelayaran Laksamana Cheng Ho yang telah banyak menerokai jalinan perdagangan antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan Tanah Besar Cina di awal abad ke 14 lagi dan berharap kali ini, semangat yang sama diteruskan dengan terjalinnya hubungan erat antara Kerajaan Negeri Kelantan dan pelabur-pelabur dari Negera China.

Sebagai permulaannya, minggu lepas Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan akan menganjurkan Festival Perdagangan Makanan Kelantan-China di Kota Bharu pada 30 Mei hingga 13 Jun 2009. Festival ini akan dijayakan dengan kerjasama BEDC dan MINES Exhibition Management Sdn Bhd. Adalah dijangka seramai 300 orang usahawan dari 5 wilayah di China akan akan menyertai delegasi BEDC di Festival tersebut.

Lawatan rasmi tiga hari ini akan diteruskan dengan jadual yang padat esok bila Dato’ Husam akan dibawa melawati beberapa pusat perindustrian di sekitar Beijing.

//husammusa


PELABUHAN KLANG, 24 Januari – Bagi mewujudkan suasana bersih dan selamat, Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan hari ini melancarkan program Gotong Royong Perdana Pulau Ketam di sini, pagi tadi.

Program yang julung-julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Klang,Pejabat Daerah, Alam Flora, Majlis Agama Islam Selangor dan beberapa buah badan bukan kerajaan seperti Briged Amal Selangor.

Pengerusinya, Dr Halimah Ali ketika ditemui pada majlis gotong- royong itu berkata beliau berpuas hati dengan sambutan dan penyertaan menggalakkan daripada penduduk setempat bagi menjayakan program tersebut.

Katanya,matlamat utama program berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan terutamanya di kediaman masing-masing.

“Bagi fasa pertama ini,kita lihat orang yang paling sesuai untuk diberi kesedaran ialah kanak-kanak, sebab itu kita galakkan pelajar dari tiga buah sekolah di sini terlibat dalam gotong royong seperti ini,”katanya yang mahu mendidik pelajar supaya bersama-sama menjaga kebersihan.

Dr Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang berkata walaupun program gotong royong kali ini lebih banyak disertai  agensi luar(kerajaan dan NGO), beliau berharap pada masa akan datang, lebih ramai penduduk di Pulau Ketam turut dapat melibatkan diri.

Sementara itu,Ketua Kampung Pulau Ketam, Cha Keng Lee berharap aktiviti gotong royong tersebut dapat mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara pemimpin, agensi terlibat dan juga penduduk bagi meningkatkan kebersihan di kawasan Pulau Ketam.

Menurutnya,walaupun pertama kali diadakan, pihaknya berbesar hati kerana Adun Selat Klang itu turut menyertai  gotong-royong itu.

Secara tidak langsung katanya, penduduk Pulau Ketam dapat mengenali wakil rakyat baru itu dengan lebih dekat.

//selangormaju

:RANTAU PANJANG –: Melancong merupakan salah satu aktiviti yang sihat dan dapat menambahkan pengalaman serta pengetahuan kepada individu tersebut kerana dapat mengenali budaya serta corak hidup sesebuah masyarakat.

Salah seorang pelancong yang ditemui, Tan Chia Chin, 32, berkata, melancong merupakan hobi dalam keluarganya malah ia akan dijadikan salah satu perancangan setiap enam bulan sekali.

“Dalam setahun saya dan keluarga akan melancong ke beberapa buah negara di dunia dengan hasrat dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman mengenai budaya sesebuah negara luar.

“Malaysia dan Kelantan merupakan tempat yang begitu menarik sekali kerana mempunyai pelbagai budaya dan agama dalam masyarakat di sini.

:“Tidak rugi datang ke Malaysia. Walaupun pertama kali menjejak kaki ke sini sambutan daripada masyarakat di sini sungguh baik sekali,” katanya.

Menurutnya, masyarakat di sini begitu peramah dan suka menjalani kegiatan perniagaan malah perkara yang paling dikagumi ialah penglibatan kaum wanita dalam dunia perniagaan.

“Walaupun di negara saya, (China) mempunyai masyarakat yang begitu ramai, namun kebanyakan perniagaan dimonopoli oleh golongan lelaki dan wanita berada di rumah untuk mengurus rumah.

:“Sepanjang perjalanan ke sini (Kelantan) dari Kuala Lumpur, saya berasa seolah-olah berada dalam kelompok masyarakat di sini kerana bangsa saya juga ramai menjadi penduduk tetap di negeri yang penuh harmoni ini,” katanya.

//sinarharian


TEMERLOH: Kawasan yang diwartakan sebagai rizab padang ragut Kampung Bolok Ulu, Lanchang yang terletak dalam Hutan Simpan Krau dekat sini, telah diceroboh oleh pembalak berlesen, dipercayai ada kaitan dengan Adun Lanchang Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin.

Kegiatan mengeluarkan kayu balak yang terletak bersempadan dengan kawasan ternak rusa deerland dan kawasan pemeliharaan gajah Kuala Gandah itu dipercayai dilakukan sejak dua bulan lalu membabitkan kawasan seluas lebih 200 ekar.

SidangOnline ketika dibawa meninjau kawasan berkenaan mendapati balak-balak tersebut tidak diangkut keluar melaui kampung berkenaan sebaliknya menggunakan jalan dibina khas melalui Kampung Teris.

Menurut penduduk, ini dipercayai untuk mengabui pandangan umum.

Tinjauan di lokasi mendapati hanya timbunan balak bersaiz agak kecil dan dipotong 8 kaki sahaja yang masih tinggal kerana balak bersaiz besar sudah pun diangkut keluar.

Seorang ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bolok Ulu yang ditemui tetapi enggan disiarkan namanya menyatakan kehairanannya kerana beliau dimaklumkan projek berkenaan dilesenkan atas nama JKKK tidak pernah

“Kami diberitahu pemohonan mengeluarkan balak dibuat atas nama JKKK kampung ini tetapi anehnya ada ahli yang tak tahu sebab tidak pernah dimesyuaratkan. Kami juga diberitahu sehingga kini anggaran 2000 tan balak bersaiz besar sudah dikeluarkan dan hanya tinggal yang kecil”.

“Kami sudah pun menghantar memo bantahan kepada Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang dan Badan Pencegah Rasuah (BPR),” katanya.

Pengerusi Padang Ragut Majuternak Kerbau Bolok Ulu Sokmik Sdn. Bhd. Zazili Abdul Aziz, 39, mendakwa sudah dua bulan kerja-kerja mengeluarkan balak di situ dilakukan malangnya pihaknya tidak pernah dimaklumkan.

Menurutnya, kawasan padang ragut tersebut berkeluasan 500 ekar dan kini separuh daripadanya iaitu kira-kira 210 ekar sudah diceroboh dan dikeluarkan balak.

“Sebagai pengerusi projek padang ragut ini saya rasa terkilan kerana tak diberitahu. Tiba-tiba terdengar balak dalam kawasan hutan simpan ini dikeluarkan dengan jentolak masuk begitu sahaja sehingga pagar habis dilanggar”.

“Akibatnya sekarang ini 300 ekor kerbau kami berkeliaran. Sebelum ini kami telah mendapat peruntukan daripada Jabatan Haiwan Negeri Pahang sebanyak RM36,000 membuat pagar, sekarang sudah diceroboh tanpa dimaklumkan terlebih dahulu dan tidak ada ganti rugi”.

“Sebenarnya hasrat Jabatan Haiwan dulu ialah untuk membuat agro-pelancongan di sini kerana berdekatan dengan pusat ternakan rusa dan gajah. Yang kami kesalkan bagaimana tanah rizab padang ragut kerbau ini boleh diluluskan lesen pengeluaran balak sedang telah digazetkan sejak tahun 1960 lagi,” ujarnya.

Seorang penduduk Md. Samsulazram Samsuddin, 23, berharap pihak berkuasa dapat masuk menyiasat kerana penebangan balak tersebut telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar, hidupan dan pencemaran Sungai Teris sebagai sumber air.

“Apa yang penting campur tangan pihak berkuasa ialah bagi memastikan penebangan balak di situ tidak melebihi kawasan yang dilesenkan,” katanya

Sementara itu seorang lagi penduduk Omaruddin Mohd Baki, 38, pula hairan bagaimana penebangan balak begitu berleluasa di Lanchang.

“Sebelum ini tanah hutan seluas 160 ekar telah ditebang di seberang Kuala Kaung. Lepas itu beribu ekar balak ditebang di Jerkoh dan Bukit Ngeri. Apa yang dikesalkan hasilnya hanya dinikmati segelintir individu saja. Sedangkan manfaatkan untuk orang ramai tidak ada seperti sumbangan kewangan kepada masjid dan surau”.

“Bahkan jalan kampung makin rosak dan membahayakan keselamatan penduduk kampung”.

//sidangonline


KOTA BHARU – Kira-kira 7, 500 penduduk di kawasan Kota Bharu menarik nafas lega setelah masalah bekalan air bersih yang dialami di beberapa tempat sejak 10 tahun lalu dapat diselesaikan tahun ini.

Masalah bekalan air bersih itu membabitkan 1, 400 keluarga dan antara kampung yang terlibat ialah Pantai Mek Mas, Kampung Tapang, Jalan Baru, Simpang Empat Che Latiff, Lapang Pari, Nyior Cina dan Kuala Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizan Ab Rahman berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membelanjakan RM33,000 untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk itu.

Menurutnya, AKSB menjalankan proses menaik taraf sistem bekalan air di kawasan itu termasuk menukar injap paip untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna.

“Proses membaik pulih dimulakan sejak Jun tahun lalu dan pihak AKSB mengambil pelbagai pendekatan yang efisien untuk mengatasi masalah ini.

“Kami menerima maklumat penduduk di sini sudah lama menggunakan air busuk dan kotor dalam urusan seharian mereka,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama, Pengurus Besar AKBS, Suhaimi Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang, Wan Ubaidah Omar melawat Kampung Tapang sempena perasmian penyaluran bekalan air bersih semalam.

Md Anizan berkata, Projek Bekalan Luar Bandar itu dilaksanakan sebagai keprihatinan AKSB kepada penduduk yang menghadapi masalah bekalan air bersih di negeri ini.

“Sebelum ini penduduk menghadapi masalah tekanan air yang tidak menentu pada siang hari dan ini menyukarkan kehidupan masing-masing.

“Sekarang mereka dapat menggunakan bekalan air bersih sepenuhnya dan tekanan bertambah baik,” katanya.

//sinarharian



PAK MALI - Penggunaan teknologi moden seperti ‘transplanter’ mampu membantu petani yang mengusahakan tanaman padi dengan lebih mudah dan cepat.

:Timbalan Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian (IADA) Kemasin Semerak, Mustapha Hamzah berkata, demonstrasi penggunaan ‘transplanter’ diadakan di Kawasan Pengguna Air (KPA) Pak Mali bagi memberi pendedahan kepada petani di situ.:

:“Demonstrasi ini melibatkan 15 hektar tanah sawah diwakili 10 peserta daripada peserta keseluruhan KPA, 50 orang untuk 72 hektar.

:“Melalui penggunaan ‘transplanter’ bagi usaha menanam padi, petani tidak perlu menanam dengan cara manual, sebaliknya selepas 18 hari membuat semaian padi di dalam bekas, ia terus ditanam menggunakan ‘transplanter’,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian.:

:Menurut Mustapha, pelbagai kelebihan diperoleh yang membantu petani dalam menggunakan teknologi moden ‘transplanter’ seperti kos pengeluaran lebih rendah, mengurangkan serangan padi angin dan siput gondang.

:Selain itu, katanya, padi yang ditanam menggunakan ‘transplanter’ sukar rebah ketika masak dan ketulenan benih yang asli dapat dijamin juga menghasilkan kualiti padi yang lebih baik.

:“Membawa wakil KPA Pasir Puteh, ia memberi pendedahan peringkat awal dan penggunaan teknologi berkenaan akan juga diadakan di Pasir Puteh.

:“Saya sarankan petani agar memberi kerjasama dengan sikap terbuka dan memanfaatkan penggunaan ‘transplanter’ bagi menghasilkan padi yang lebih berkualiti,” katanya.

//sinarharian

KOTA BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia diidapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Mursyidul Am Pas itu berkata jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat itu.

Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.

"Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.

"Topi keledarpun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.

Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.

Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.

Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.

"Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.

Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.

Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.

"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.

-- BERNAMA


KOTA BHARU, 22 Jan (Bernama) -- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melancarkan gerak kerja selepas waktu pejabat terutama pada waktu malam bagi meninjau keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar kerajaan.

Yang Dipertuanya, Mohd Fauzi Che Mamat berkata program itu lebih mirip konsep khalifah Umar Al-Khatab, yang membuat pemantauan kehidupan rakyatnya pada waktu malam.

"Program ini kita tumpukan kepada masalah penjagaan kebersihan bandar dengan menggerakkan tenaga kerja bahagian itu termasuk memungut sampah pada waktu malam dengan kerjasama peniaga dan warga bandar ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnnya, pihak beliau sengaja memperkenalkan kaedah itu mulai tahun ini bagi mengelakkan ia menjejaskan urusan rasmi kerajaan jika diadakan pada waktu pejabat.

Beliau berkata menerusi pelancaran gerak kerja itu juga MPKB-BRI mewartakan 12 batang jalan protokol untuk dibersihkan dengan pihaknya tidak lagi menyediakan tong sampah besar awam kerana boleh menjejaskan pemandangan, bau dan kebersihan Bandar.

Antara jalan terbabit ialah Jalan Pasir Puteh, Jalan Kuala Krai, Jalan Long Yunus dan Jalan Pengkalan Chepa.

"Semua tong sampah di jalan-jalan terbabit tidak lagi disediakan kepada awam dan kami menggalakkan penduduk membuang sampah dengan menggunakan beg plastik sampah sendiri dengan diletakkan di tepi jalan sebelum dikutip oleh lori pengangkut sampah MPKB pada waktu malam," katanya.

-- BERNAMA


TANAH MERAH, 22 Jan - Umno sering dimomokkan sebagai parti yang kaya raya, punyai harta dan aset yang tidak ternilai serta bangunan milik parti yang gah berdiri di mana-mana.

Tetapi itu semua hanya omongan kosong yang dimainkan dikalangan mereka. Ini terbukti bila Bangunan Umno Bahagian Tanah Merah sendiri mempunyai tunggakan cukai pintu dengan Majlis Daerah Tanah Merah sekitar RM25,ooo yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun sebelum ini. Ketika laporan ini disediakan, pihak PPK1 difahamkan bahawa Umno Bahagian Tanah Merah masih gagal membayar tunggakan cukai pintu tersebut.

Perlu diingat, mengikut akta dan undang-undang yang digunapakai oleh pihak Majlis Daerah Tanah Merah, bangunan tersebut boleh disita sepenuhnya. Kita tunggu adakah pendedahan kita ini akan menyebabkan Umno ambil langkah segera dan membuat bayaran terhadap cukai pintu yang tertunggak semenjak beberapa tahun itu.

//pemudakemehe1

Pas Selangor menyifatkan cadangan pengharaman judi loteri di seluruh Shah Alam sebagai tepat dalam usaha kerajaan negeri mengawal permasalahan sosial masyarakat, kesan aktiviti negatif tersebut.

Pesuruhjayanya , Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pelaksanaan itu perlu disegerakan selepas penyelidikan dan kajian membuktikan kegiatan tersebut banyak menyumbang kepada masalah sosial seperti bunuh diri, jenayah dan keretakan rumah tangga.

“Cadangan itu adalah tepat dan saya yakin pengharamannya adalah seiring dengan kehendak masyarakat disemua peringkat dan perlu dilihat bukan bertujuan menjaga kepentingan agama semata-mata tetapi melibatkan kepentingan seluruh masyarakat”.

“Saya memuji cadangan itu apatahlagi ia sebahagian usaha mengawal permasalahan sosial dalam masyarakat khususnya berkaitan dengan aktiviti judi sehingga kesannya mula menular dikalangan generasi muda terutama golongan pelajar”, katanya.

Menurut Dr Hasan, cadangan tersebut seharusnya mendapat pertimbangan wajar DAP kerana ia memberi kesan positif kepada masyarakat.

Mengenai adakah cadangan tersebut akan menjadi petunjuk aktiviti perjudian di negeri ini akan diharamkan secara berperingkat, Dr Hasan berkata: “Kita tengok apa reaksi masyarakat tetapi saya yakin pencegahan adalah penting dan pengharaman judi ini akan menjadi salah satu cara berkesan”.

//n17gombaksetia


"Alhamdulillah...menurut Sinar Harian jenayah di Kelantan terkawal atau rendah berbanding negeri-negeri lain. Ini adalah kerjasama antara masyarakat negeri ini dengan pasukan Polis.

Satu perkara yang kita kena ingat ialah dasar kerajaan negeri itu sendiri dengan bermoto "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" iaitu setiap program yang dianjurkan semua berlandaskan kepada ajaran Islam. Perkara-perkara yang melalaikan seperti pesta-pesta liar tidak dibenarkan. Begitu juga ilmu-ilmu agama disebarkan, di adakan kuliah-kuliah agama seperti pada pagi Jumaat Tok Guru Menteri Besar sendiri yang memberi kuliah di Medan Ilmu.

Ini sudah tentu memberi kesan atau natijah kepada masyarakat dengan ingatan-ingatan kepada dosa dan pahala. Bukan hanya perlu takut kepada Polis sahaja tetapi di ajar kena takut kepada Allah. Sebab itulah jenayah insyaAlah akan terkawal.

Jika hukum Allah dilaksanakan sudah tentulah masalah sosial dapat diubati, jenayah akan berkurangan."

____________________________________________________________________________

 KOTA BHARU - Keadaan keselamatan di Kelantan terlalu tenang dan terkawal jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, kata Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner I, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata, kadar jenayah yang berlaku satu hari di negeri ini sama nisbahnya dengan lapan hari di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Johor.

“Setiap hari kita mencatatkan antara 17 hingga18 kes berbanding dengan negeri-negeri pantai barat antara 110 hingga 120 kes dalam sehari,” katanya ketika berucap pada pelancaran Program ‘Community Policing’, dekat sini malam kelmarin.

Menurut Abdul Rahim, sepanjang tahun lepas sebanyak 7,749 kes dilaporkan berlaku di negeri ini berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak 6,191 kes.

Katanya, peningkatan sebanyak 20.17 peratus adalah perkara biasa dari setahun ke setahun berikutan pertambahan penduduk dan perubahan minda manusia.

“Untuk dibandingkan dengan akhir tahun-tahun 80-an, bilangan anggota polis hampir sama dengan sekarang, sedangkan penduduk ketika itu hampir 1 juta orang berbeza dengan sekarang sebanyak 1.5 juta orang.

“Sehubungan dengan itu, saya menyarankan agar masyarakat turut sama membantu polis dalam menangani jenayah di tempat masing-masing,” katanya.

Menyentuh mengenai peranan masyarakat dalam memerangi jenayah, beliau berkata, walaupun orang ramai masih menganggap polis’musuh’ mereka, tetapi ada kalanya polis amat diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

“Saya anggap hal ini sebagai ‘benci tetapi rindu’ kerana pada satu ketika mereka merasakan kedatangan polis tidak diperlukan, tetapi pada masa yang lain polis amat diperlukan,” katanya.

PASIR PUTEH, 21 Jan (Bernama) -- Nestle (M) Bhd merancang kemungkinan membuka ladang baharu di Pantai Barat seperti Johor dan Melaka, dalam usaha mendapatkan bekalan antara 600 dan 800 metrik tan cili segar.

Pegawai Pertanian syarikat berkenaan Yong Lee Kheng berkata bekalan itu untuk menampung keperluan kilangnya di Petaling Jaya yang memerlukan bahan mentah terbabit bagi pengeluaran produk sos cili yang kini mendapat permintaan yang semakin tinggi.

"Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh menerusi perjanjian ladang kontrak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Rabu.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu terlalu bergantung kepada bekalan daripada PPK semata-mata kerana Kelantan mengalami bencana banjir setiap tahun yang boleh menjejaskan jumlah pengeluaran bekalan yang diperlukan oleh syarikat itu.

Yong berkata sepanjang tahun lepas, daripada 400 metrik yang diperlukan, hanya 257 metrik sahaja dapat dipenuhi akibat bencana alam itu.

Beliau berkata berdasarkan hakikat itu pihaknya kemungkinan tidak akan menambah jumlah kuota yang sedia ada kerana pihaknya tidak mahu terus menanggung risiko yang akan merugikan syarikat dalam jangka panjang.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan, Salim Sulaiman ketika ditemui berkata pihaknya yakin dapat menyelesaikan masalah itu menerusi kaedah penanaman fertigasi yang dapat mengurangkan taburan hujan ke atas pokok cili.

Beliau berkata LPP akan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan RM1.56 juta yang diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan untuk menggalak petani yang berpengalaman menggunakan teknologi penanaman fertigasi.

Blog EntryBERITA KELANTAN : Misi Cakna PalestinJan 21, '09 12:05 PM
for everyone

Sempena pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin yang akan berlangsung pada 23 Januari 2009 ini, penganjur menyediakan agenda menarik dan mampu meninggalkan kesan di hati rakyat Kelantan tentang nasib dan penderitaan umat Islam di Palestin.

Atucara bermula seawal jam 5 petang hari berkenaan melalui Sesi Luahan dan Luahan Rasa Kekejaman Israel selama 1 jam 30 minit. Agenda ini bakal diadakan di dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

Tepat jam 7.20 malam solat magrib dan solat hajat didirikan. Selesai solat berkenaan, solat ghaib untuk rakyat Palestin yang syahid ketika pertempuran diadakan dan zikir munajat selepasnya.

Kemudian, hadirin bersama-sama Tuan Guru Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat isyak.

Acara seterusnya dimulakan dengan persembahan video Palestin berdurasi 20 minit tepat jam 9 malam dan diikuti persembahan pantomen daripada pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Acara pembuka tirai sesi malam akan berlangsung di Padang Perdana MPKB-BRI diteruskan dengan menampilkan wakil-wakil agama dari agama Buddha, Kristian dan Hindu memberi ucapan masing-masing. Tidak ketinggalan wakil-wakil parti politik seperti UMNO, PKR dan MCA turut sama menyampaikan ucapan.

Menghampiri acara kemuncak malam gerakan amal ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato’ Husam Musa membuat ucapan alua-aluan pada jam 10.30 malam.

Acara kemuncak, ucapan khas pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin oleh Menteri Besar pada jam 10.40 malam diikuti dengan gimik pelancaran tabung berkenaan tepat jam 11 malam.

Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara penyampaian sumbangan Tabung Amanah Cakna Palestin.

Majlis ini diharap menjadi simbol kesedaran dan keprihatinan rakyat negeri ini terhadap nasib umat Islam yang tertindas di Palestin yang pastinya menyentuh perasaan hadirin seterusnya menyemarakkan lagi semangat untuk membantu mereka dengan apa jua cara sekalipun.

SEKRETARIAT MISI CAKNA PALESTIN

d/a Pupuk Nilai Murni Berhad
RF 49 Tingkat 1, Medan Usahawan

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

15200 Kota Bharu, Kelantan

TEL / FAKS : 09-7488443

Email : caknapalestin@gmail.com

Website :
http://www.caknapalestin.blogspot.com/

Anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Badan-Badan Bukan Kerajaan:


Kuala Terengganu – Kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu memberikan isyarat yang jelas kepada perubahan politik namun terdapat tiga isu besar khususnya untuk negeri Terengganu yang belum selesai.(Gambar - Dato' Wan Mutalib berucap pada Majlis Kesyukuran Kemenagan di Pasir Panjang hari ini)

Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong menyifatkan kemenangan PAS sebagai satu lambang kepada kata hati dan kebersamaan rakyat dengan PAS serta Pakatan Rakyat.

"kemenangan ini menunjukkan bahawa rakyat bersetuju dan menyokong saranan Pakatan Rakyat," katanya.

Namun menurutnya terdapat tiga isu besar yang masih lagi belum berjaya diselesaikan oleh BN.

"Isu pertama merupakan kes rampasan royalti yang menyebabkan rakyat hampa sejak lapan tahun lalu," ujarnya.

Selain itu katanya, isu kedua yang belum diselesaikan adalah menyentuh penderitaan rakyat Terengganu yang terbelenggu dengan kemiskinan akibat penyelewengan wang kerajaan negeri.

"Golongan miskin ini tidak mendapat pembelaan kerana wang royalti telah diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Dalam pada itu, Wan Mutalib berkata isu kemudahan awam juga menjadi fokus utama aspek kegagalan kerajaan BN Terengganu.

"Sebagai sebuah bandaraya, Kuala Terengganu tidak langsung mempunyai ciri-ciri sebuah bandar apabila kemudahan asas dan perhubungan tidak menepati kriteria sebuah bandaraya," ujarnya lagi

Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;}

Sementara itu, kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan menjadi penanda aras atau indikator pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata, indikator itu berdasarkan kepada beberapa perkara terutama berhubung kemungkinan berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

“Yang kedua, ia menggambarkan Pakatan Rakyat (PR) adalah pakatan yang perlu dimantapkan,” katanya, semalam kepada Sinar Harian.

Berhubung kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, beliau berkata, PAS akan melaksanakan analisis bagi mendapat laporan penuh berhubung perkara tersebut.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan semua pemimpin pembangkang dalam memastikan gerak kerja menyeluruh dalam kempen parti sehingga membawa kejayaan dengan majoriti besar.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih-lebih lagi dapat menghubungi mereka secara terus sepanjang tempoh kempen,” katanya.

//BULETINONLINE


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penyokong Pas dan parti komponen Pakatan Rakyat bersyukur dengan kemenangan di Kuala Terengganu dan jangan membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati mana-mana pihak.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kenyataan negatif itu tidak akan membawa gambaran yang baik kepada parti tetapi hanya akan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap Pas.

“Syukur kepada Allah atas kedua-dua kemenangan sekali gus. Pertama, kemenangan merapatkan golongan Cina daripada DAP yang dikenali sebagai golongan ekstrem dengan Islam. Itu kemenangan utama bagi saya.

“Kedua kemenangan undi. Saya minta penyokong Pas jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja (memperjuangkan parti) adalah kerana dakwah,” katanya.

//sinarharian

TUMPAT: Hampir 1,000 pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muhammadi Pasir Pekan, di sini, mengadakan demonstrasi secara aman membantah pencerobohan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Pelajar dan guru terbabit yang diketuai Pengetuanya, Muslim Che Yusof, berhimpun di pekarangan sekolah itu sejak jam 8 pagi semalam dan berakhir dua jam kemudian bagi mengutuk kekejaman tentera Yahudi itu.

Muslim berkata, warga sekolah itu membabitkan pelajar Tingkatan Satu hingga Enam Atas serta 58 guru.

"Demonstrasi ini adalah tanda keprihatinan warga sekolah ini terhadap penderitaan rakyat Palestin berikutan tindakan kejam tentera Israel di Wilayah Gaza.


"Kami tidak mahu ketinggalan, justeru hari ini, kami bersama-sama dengan masyarakat negara ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan tentera Zionis itu," katanya ketika ditemui pada majlis itu, semalam.

Muslim berkata, selain demonstrasi secara aman, pihaknya turut menganjurkan solat hajat dan kutipan derma bagi menzahirkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam di negara Palestin.

Katanya, kutipan derma daripada seluruh warga sekolah itu akan diserahkan kepada pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.

//bharian


IPOH, 18 Jan. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, tiada sebab untuk beliau meletakkan jawatan berhubung isu pemberian hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru di negeri ini.

Beliau berkata, apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan rakyat dan yakin perkara itu tidak mengguris perasaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah.

‘‘Tidak ada sebab mengapa saya perlu letak jawatan. Hubungan saya dengan pihak istana cukup baik. Isu ini tidak sepatutnya timbul,” katanya dalam sidang akhbar disini hari ini.

Mohammad Nizar diminta mengulas gesaan beberapa pihak agar beliau meletakkan jawatan berikutan tindakannya memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru telah mengguris hati raja-raja Melayu.

Menurut Mohammad Nizar, beliau tidak nampak apa yang dititahkan oleh Tuanku Raja Muda Perak itu menggambarkan perasaan ‘terguris’ baginda terhadap apa yang sedang dilakukannya.

Sebaliknya dakwa beliau, ketika Perak di bawah penguasaan parti Barisan Nasional (BN), lagi banyak tanah di negeri itu yang telah tergadai kepada orang bukan Melayu.

“Seandainya seluruh kampung baru yang mempunyai penduduk kira-kira 47,000 orang diberikan hak milik tanah, kita hanya beri tidak sampai 3,000 ekar (1,200 hektar),” katanya.

ADUN Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak,Drs. Khalil Idham Lim mengatakan sepatutnya pemilikan tanah di Kampung Baru tidak perlu dipertikaikan lagi kerana generasi yang tinggal disitu adalah melebihi dua generasi. Mereka berhak memiliki hak mereka yang sebenarnya.

Menurut Beliau, pemimpin UMNO telah kehabisan modal dan membangkitkan isu dan mengaitkan pihak yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan keputusan Kerajaan Negeri Perak itu.

"Sepatutnya pemimpin UMNO perlu mempertikaikan keputusannya sendiri menggadaikan Singapura kepada pihak lain. Itulah yang lebih terguris dan mengguris hati semua pihak". Jelasnya.

//CINAISLAM

SHAH ALAM, 19 Januari - Rakyat Selangor khususnya yang sudah berkeluarga yang kehilangan pekerjaan mahupun terjejas pendapatan akibat krisis ekonomi ketika ini boleh memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Demikian dinyatakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu sidang media mengenai hal ehwal zakat di Bangunan Sultan Idris Shah tengah hari tadi.

Menurut beliau, Mais melalui LZS akan memperuntukkan wang zakat bagi membantu meringankan beban mereka yang menghadapi masalah kewangan yang mendesak.

“Bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat diberhentikan, LZS sedia menghulurkan bantuan agar kehidupan mereka dan anak-anak tidak terjejas,” katanya.

Mohamad Adzib berkata LZS akan membuat penilaian kelayakan mereka yang boleh diberi bantuan berdasarkan beberapa kategori asnaf.

“Ramai yang mungkin memerlukan ratusan ringgit untuk membiayai persekolahan anak-anak dan mereka boleh dipertimbangkan berdasarkan asnaf fisabilillah,” katanya.

Beliau berharap ketua-ketua masyarakat akan dapat menghebahkan bantuan yang disediakan LZS itu agar dapat membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

//selangorkini

Blog EntryBERITA KEDAH : Mahfuz terima gelaran DatukJan 19, '09 3:41 PM
for everyone

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul antara 38 penerima yang dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-81.

Antara penerima terlibat ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr. Abdul Isa Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ir. Amiruddin Hamzah, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd. Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Md. Rohsidi Osman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Abdullah Kassim.

Manakala Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden antara Sebelas Penerima Jaksa Pendamai (JP).

Sebelum itu, Puteri Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz mengetuai senarai 62 penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-81 esok.

Tunku Puteri Intan Safinaz merupakan satu-satunya penerima darjah Orang Besar Empat yang membawa gelaran Tunku Panglima Besar.

Ini diikuti penerima Bintang Keberanian Kedah (BKK) kepada Kpl. Mohd. Zamri Md. Scoot.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali pula merupakan antara lima penerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Empat lagi penerima DGMK ialah Panglima Medan, Markas Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Raja Moahamad Affandi Raja Mohamed, Lt. Jen. (B) Datuk Masood Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan Presiden Management & Science Universiti (MSU), Datuk Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Sementara itu, Panglima Markas 4 Divisyen, Mej. Jen. Datuk Zulkiple Kassim dianugerahkan Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Presiden First Solar Malaysia Sdn. Bhd., Heiner J. Eichermueller dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) Kehormat manakala Tunku Shazuddin Arif Tunku Sallehuddin dan Syed Nasir Syed Abdullah, masing-masing menerima anugerah Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SMS).

Ahli Dewan Negara, Senator Ir. Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad masing-masing menerima anugerah Setia Mahkota Kedah (SMK).

//mppas


KOTA BAHARU, 19 Jan (Bernama) -- Demi prinsip, seorang pelajar pondok memilih hukuman penjara daripada denda yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunggang motosikal dengan memakai serban dua tahun lalu.

Ahmad Nasir Darus, 28, pelajar Pondok Pasir Tumboh di sini, enggan membayar denda sebanyak RM90 yang dikenakan oleh Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra sebaliknya memilih hukuman penjara selama dua hari.

Mahkamah menolak permohonan peguam bela, Ahmad Rizal Effande Zainal, meminta mahkamah menangguhkan keputusan itu bagi membolehkannya membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Ketika di luar mahkamah, Ahmad Rizal Effande berkata anak guamnya memilih untuk dipenjara atas sebab prinsip yang dia tidak bersalah.

Sewaktu Ahmad Nasir dibawa ke kenderaan polis bagi dihantar ke penjara, kira-kira 100 pelajar pondok itu melaungkan "Allahuakbar" beberapa kali dan disusuli bacaan doa.

Dia telah disaman kerana menunggang motosikal pada 6.30 petang 20 Sept 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar, dan sewaktu dihadapkan ke mahkamah pada 4 Nov 2007, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama, memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Sewaktu prosiding hari ini, keadaan kecoh seketika apabila polis enggan membenarkan sebahagian besar rakan pelajar itu memasuki galeri awam mahkamah kerana tidak memakai kasut seperti yang disyaratkan.

//bernama